Isnin, 13 Jun 2011

Kisah Nabi Adam a.s

 Kisah Nabi Adam a.s (A'lai His Salam) bermula dengan penciptaan bumi, gunung-ganang, lautan dan tumbuh-tumbuhan dimuka bumi oleh pencipta kita yg Esa iaitu Allah S.W.T selama 7 hari 7 malam.

Sepertimana diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairoh bahwa Rasulullah saw memegang tanganku dan bersabda,"Allah swt telah menciptakan tanah pada hari sabtu, menciptakan di bumi gunung-gunung pada hari ahad, menciptakan pepohonan pada hari senin, menciptakan yang tidak disukai pada hari selasa, menciptakan cahaya pada hari rabu, menyebarkan binatang melata di bumi pada hari kamis, menciptakan Adam pada hari jum’at setelah ashar yang merupakan akhir penciptaan di akhir waktu dari waktu-waktu hari jum’at yaitu antara ashar hingga malam." - sumber -

Maka Allah S.W.T telah memberitakan kepada malaikat dan iblis bahawa Allah S.W.T akan kehendaknya untuk menciptakan makhluk lain yang dinamakan manusia. Manusia ini akan menghuni dan mengisi bumi. Mereka akan diberi amanah untuk memeliharanya, menikmati tumbuh-tumbuhannya, mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya sehinggalah pada suatu waktu dan ketika yg dikehendakkan oleh Allah S.W.T iaitu dikenali sebagai kiamat.

Allah S.W.T mengkehendakkan malaikat dan iblis untuk sujud kepada

 Dialog antara malaikat dan Allah S.W.T

Malaikat : wahai tuhan kami yg Esa. Mengapakah perlunya menciptakan manusia ini. Padahal kami (malaikat) sentiasa taat kepadamu, sujud, bertasbih, beribadah tanpa henti kepadamu. Walhal, makhluk yang dinamkan manusia ini akan sentiasa bertengkar, bermusuhan, berbunuhan diantara satu sama lain di dunia ciptaanmu ini ya Allah.

Allah S.W.T berfirman : "Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."  

Maka terciptalah Nabi Adam A.S dengan kehendak ilahi dimana baginda dijadikan daripada tanah dan lumpur. Kemudiaannya Allah S.W.T mengarahkan malaikat dan iblis untuk sujud kepada nabi adam sebagai tanda penghormatan dan bukan dengan tujuan ibadah. Kerana Allah S.W.T melarang makhluk ciptaannya untuk syirik kepadanya. (Syirik adalah perbuatan menyembah selain daripada Allah S.W.T).


tanah liat



lumpur

Iblis membantah akan perintah Allah S.W.T

Allah s.w.t. bertanya kepada Iblis laknatullah:"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"

Iblis : Arghh!!..kenapa perlu aku sujud kepadanya. sedankan Engkau (Allah) menciptakan Aku (Iblis) daripada Api dan Dia (Nabi Adam) diciptakan dari tanah liat dan lumpur yg jijik.


Api

Dengan riaknya Iblis mengagungkan kejadiaanya berbanding dengan kejadian Nabi Adam A.S. Kerana sikap takabbur dan riak yg dimiliki oleh Iblis.

Kemudian Allah s.w.t. berfirman kepada Iblis laknatullah yang terkutuk itu:
"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah." 

Maka diusir dirinya (iblis) oleh Allah S.W.T dari syurga dan disertakan laknat dan dijanjikan neraka di akhir zaman kelak.
 
Iblis laknatullah dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Allah S.W.T, dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali iaitu hari kiamat. Allah s.w.t. meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan. Iblis tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut.

Jadi apakah moral of the story ? Di harap pembaca2 dapat memberikan output setelah menerima input..
Sekian..Wasallam..

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by KookoKrunch Blog | Bloggerized by KookoKrunch